loading...

Thursday 20 October 2016

KanakKanak OKU Maut Dihempap Tong Air

2eoGOtd

MERSING – Seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya berusia 11 tahun, dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan di Endau kerana kecederaan kaki, disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di klinik berkenaan, lapor New Strait Times.


Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, katanya, mangsa, Mohd Roshamnudin Abdullah, ditemui ibunya selepas mendapati anaknya itu terlalu lama di dalam bilik air.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa telah pergi ke tandas bersendirian.


“Ibu mangsa menyedari anaknya masuk ke tandas namun hanya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas mendapati mangsa berada di tandas terlalu lama sebelum pergi melihat keadaan anaknya itu. Namun, dia mendapatianaknya terbaring di atas lantai dan salah satu kakinya ditimpa tong air yang besar.


“Ketika ditemui, wanita itu mendakwa anaknya masih sedar dan bernyawa sebelum meminta bantuan suaminya untuk membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Endau,” katanya.


Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.


“Siasatan awal pihak klinik mendedahkan, terdapat kesan parut di seluruh badan mangsa yang merupai tanda parut ekzema atau kesan dicucuh puntung rokok,” katanya.


Difahamkan, ibu bapa mangsa telah ditahan untuk disoal siasat dan membantu siasatan.

“Kes ini masih dalam siasatan sementara menunggu laporan bedah siasat yang lengkap bagi menentukan punca kematian mangsa,” katanya.


Jenazah Mohamad Roshamnudin dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Mengkuang, Endau, Mersing, hari ini.– The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...